Tuesday 1 October 2013

TOPIK 6 - PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

 PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

Pemerhatian dilakukan secara berterusan dan mengikut jangka waktu yang diperlukan /ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
*      Cara ini boleh dilaksanakan secara senarai semak, rekod anekdot,rekod profil.
*      Kualiti pemerhatian :
Ø  Guru mempunyai sifat-sifat pemerhati iaitu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan persekitaran.
Ø  Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil dalam sesuatu situasi.
Ø  Tekal dan stabil dalam penilaiannya.
*      Bentuk perancangan :
*     Menyediakan alat relevan dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
*     Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
*     Merangka tindak susur yang akan dijalankan mengikut konsikuen yang dijalankan daripada pemerhatian itu.
*      Merekod penilaian pemerhatian
*      Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkah laku yang tersusun dari segi pendekatan atau kaedah kumpulan atau individu.
*      Cara merekodkan dapatan dan rumusan direkod mengikut urutan yang betul.
*      Tindakan susulan rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susulan yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.
*      Rekod anekdot - boleh digunakan untuk menilai kecekapan / kecerdasan individu dalam bidang-bidang tertentu seperti kecekapan linguistik/bahasa, kecekapan muzik, kecekapan pergerakan badan, kecekapan intrapersonal.
*      Jenis-jenis pemerhatian
v  Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan dengan melapor apa yang dilihat sahaja.
v  Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara "open-ended" iaitu menilai / memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan dan perlakuan.
v  Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.
*      Strategi pelaksanaan
I  Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/yang dirancang.
I  Guna senarai semak/rekod anekdot.
I  Secara global / analitik mengikut objektif pengajaran dan pembelajaran.
I  Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensel dan kertas/secara berkomputer mengikut keperluan dan kesesuaian.
I  Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian hendaklah dibuat selepas mengkaji kesan dan implikasinya ke atas pelajar.
I  Jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keperluan dan keadaan.
I  Maklum balas diperolehi melalui pemerhatian guru / tindak balas pelajar.
I  Refleksi tentang pengalaman boleh dikategorikan sebagai pemerhatian.
*      Fungsi penilaian melalui pemerhatian
J  Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor afektif dan kognitif pelajar.
J  Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudah cara, tutor dan pendidik.

No comments:

Post a Comment