Penilaian Berasaskan Sekolah
Rasional
-
Rasionalnya Penilaian Berasaskan Sekolah ialah :
i. Mengesan
perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke
semasa.
iii.
Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
iv. Guru
dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
v. Guru juga
dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.
CIRI – CIRI
• Penilaian
Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang
dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
• PBS
terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
– Kerja
kursus / PEKA
–
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
1. Kerja
kursus / PEKA
– Calon
melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu
pengajaran dan pembelajaran
– LPM
membekalkan dokumen pentaksiran
–
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
– Penskoran
dan pelaporan oleh sekolah
– Markah
dihantar kepada LPM
– Sekolah
mengeluarkan sijil
2.
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
• Calon
ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran
dan pembelajaran.
• LPM
membekalkan panduan
•
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
• Penskoran
dan pelaporan oleh sekolah.
• Sekolah
mengeluarkan sijil.
Prinsip Penilaian
Berasaskan Sekolah
Dirancang di
peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
·
Murid yang
akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang
terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan
·
instrumen
pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah
dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan
·
Ditadbir
diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan
dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan
pengurusan evidens.
·
Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
·
Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
·
Kerangka
yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan
Sekolah.
Pelaporan
positif.
• Skor yang
dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan
dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Aspek PenilaianBerasaskan
Sekolah
- Dalam
penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :
i. Daya
kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.
ii.
Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.
iii.
Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.
iv. Sikap –
contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
v. Kesihatan
dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.
vi.
Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
vii. Bakat dan minat – contoh;
kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.
No comments:
Post a Comment