Thursday 17 October 2013

TOPIK 15 - PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN
-
DEFINISI
-CIRI
-PELAKSANAAN

DEFINISI PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN:

- Penilaian pengalaman pembelajaran merupakan suatu kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. - - Dalam penilaian ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya penilaian ini merupakan kegiatan yang terancang untuk mengukur keefektifan suatu system pendidikan secara keseluruhan.
- Penilaian pengalaman pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapat berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
- Penilaian pembelajaran yang telah dikerjakan telah berhasil/ belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes.
- Penilaian perkembangan merupakan salah satu cara guru mengetahui hasil belajar, intelegensi bakat khusus, minat, hubungan social ,sikap dsan kepribadian siswa atai peserta didik.


CIRI-CIRI PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN:
 --- Kaedah Jigsaw
--- Kritikan Terbuka
--- Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK)

Kaedah Jigsaw

Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar,penyampaian dan pemikiran kreatif (Felder dan Brent , 2004) . Ini telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al(2006).
Menurut Hafizah Husain et al(2006) kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaanya.

1. Pergatungan secara positif.
2. Tanggungjawab.
3. Interaksi secara terus seperti bertentang mata.
4. Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian.
5. Penilaian kendiri secara berterusan.


Kritikan Terbuka

Kritikan Terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).
Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama lima minit kepada rakan-rakan kelas. Pelajar akan diberi topic yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara:

1. Intonasi dan kejelasan suara.
2. Keyakinan diri dikhalayak ramai.
3. Kelancaran bahasa.
4. Penampilan.
5. Maklum balas terhadp soalan yang diterima. 

Komen dari panel aakan disampaikan kepada pelajar untuk kelemahan yang ada. Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan pelajar.


Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK)


Penilaian Rakan Kumpulan adalah satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Penilaian ini digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar.
Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmenpelajar dalam menyiapkan kerja kursus.
Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain kerana kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.


Pelaksanaan Penilaian Pengalaman Pembelajaran:

Tajuk: Keluarga
i. Kompetensi Dasar
1. PKN
1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah .

a. Indikator
1.PKN
-Menyebutkan ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah. Contohnya: bapa, ibu , abang ,kakak, saya dan adik .
-Melakukan sikap hormat pada orang lain. Contohnya: orang tua, saudara, guru, guru besar, kawan dan lain-lain.
-Memberi contoh hidup rukun di rumah.
-Menjelasan akibat hidup tidak rukun di rumah.
-Menyebutkan manfaat hidup.
c. Langkah-langkah Pembelajaran:
A. Set Induksi:
Menyanyikan lagu :Keluargaku Sayang (Melodi: Bangun Pagi)
B.Kegiatan Inti:

1. Menceritakan hidup rukun di rumah.
2. Menyebut ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah. Contohnya: bapa, ibu , abang ,kakak, saya dan adik .
3. Melakukan sikap hormat pada orang lain. Contohnya: orang tua, saudara, guru, guru besar, kawan dan lain-lain.
4. Memberi contoh hidup rukun di rumah.
5. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun di rumah .
6. Menyebutkan manfaat hidup.
7. Menggunakan kata tanya dengan betul.
8. Menulis kata Tanya (siapa, apa, di mana, bagaimana)
9. Menyelesaikan masalah yang berkaitan . (Lengkapkan ayat)
Penutup: Bersama-sama menyanyi lagu “Keluargaku Sayang” mengikut Melodi “Bangun Pagi”
Bahan Bantu Mengajar:
1. Kad Kata Tanya
2. Kad Perkataan
3. Kad Huruf
4. Gambar Ahli Keluarga
Penilaian:
1. Lisan
2. Bacaan
3. Tulisan
4. Portofolio

Wednesday 16 October 2013

TOPIK 14 - PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

a. Instrumen
b. Penggredan
b. Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah.
c.  Rumusan


instrumen :

      Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran yang digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah :
     Pemerhatian                    - Amali
     Soal jawab                      - Lembaran kerja
     Ujian bertulis                   - Tugasan bertulis
     Persembahan                  - Kuiz
     Projek                                - Senarai semak
-       Produk                              - Tugasan rumah

Penggredan:

Pencapaian dalam Penilaian Berasaskan Sekolah akan dinilai dan pelajar perlu menyempurnakan setiap tugasan yang diberikan. Antara aspek-aspek yang dinilai adalah:
1. Kehadiran pelajar dalam Penilaian Berasaskan Sekolah.
2. Menyempurnakan tugasan(dinilai oleh pensyarah)
3. Portfolio individu.
4. Laporan Perkembangan Pelajar.


Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah:

1. Bahagian Pendidikan Guru memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) tentang program Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS).
2. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar.
3. IPGM akan memaklumkan atau memberikan taklimat berkaitan pelaksanaan PBS kepada pihak sekolah.
4. IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk tutor dan pelajar.
5. IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.
6. IPGM memberikan tugasan kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan dibincang bersama pensyarah masing-masing semasa sesi interaksi.
7. Tugasan pelajar semasa PBS akan dinilai oleh pensyarah mata pelajaran yang terlibat.


RUMUSAN

      Kesimpulannya, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran.
      Selain itu, PBS diharapkan mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.


TOPIK 13 - PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Penilaian Berasaskan Sekolah


Rasional
- Rasionalnya Penilaian Berasaskan Sekolah ialah :
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
iv. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.


CIRI – CIRI
• Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
• PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
– Kerja kursus / PEKA
– Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

1. Kerja kursus / PEKA 
– Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
– LPM membekalkan dokumen pentaksiran
– LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
– Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
– Markah dihantar kepada LPM
– Sekolah mengeluarkan sijil


2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
• Sekolah mengeluarkan sijil.


Prinsip Penilaian Berasaskan Sekolah

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

·         Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan 
·         instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan

·         Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
·        
Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
·        
Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
·         Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.


Pelaporan positif.
• Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Aspek PenilaianBerasaskan Sekolah
- Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :
i. Daya kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.
ii. Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.
iii. Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.
iv. Sikap – contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
v. Kesihatan dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.
vi. Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.

vii. Bakat dan minat – contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.

Wednesday 9 October 2013

TOPIK 12 - PENILAIAN BERASASKAN PROJEK



BROSUR  


 -   Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

RUBRIK PENILAIAN BROSUR

Kreativiti dan keaslian 

1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

Fungsi 

1. Reka bentuk dan paparan yang salah
2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

Tatabahasa

1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi 

1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi. 
2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat. 
3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai. 


RUBRIK PEMARKAHAN BROSUR
TAHAP   
                KRITERIA
LEMAH
(0-5 MARKAH)
SEDERHANA
(6-8 MARKAH)
CEMERLANG
(9-10 MARKAH)

KREATIVITI DAN KEASLIAN
Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat).
Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

FUNGSI
Rekabentuk dan paparan salah.
Rekabentuk dan paparan betul tetapi kurang menarik perhatian.
Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

TATABAHASA
Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik tetapi masih boleh diperbaiki lagi.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

ILUSTRASI


Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.
Menggunakan ilustrasi yang
pelbagai, menarik dan sesuai.



IKLAN

-       Maklumat atau pemberitahuan maklumat kepada orang ramai melalui surat khabar,televisyen, radio dan sebagainya.


ASPEK YANG DINILAI:

•Dari segi penyampaian:

- Surat Khabar
- Televisyen
- Radio
•Menepati tema / kehendak soalan. 
•Laras bahasa yang digunakan sesuai atau tidak.
•Intonasi, jeda yang digunakan baik atau lemah. 
•Tatabahasa.
•Ilustrasi yang digunakan berkaitan atau tidak.


    POSTER  
  
- Notis atau gambar yang mengandungi maklumat atau pemberitahuan yang kebiasaannya ditampal pada  dinding. 


RUBRIK PEMARKAHAN POSTER

TAHAP   
               
KRITERIA
LEMAH
(0-5 MARKAH)
SEDERHANA
(6-8 MARKAH)
CEMERLANG
(9-10 MARKAH)

KREATIVITI DAN KEASLIAN
Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat).
Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

FUNGSI
Rekabentuk dan paparan salah.
Rekabentuk dan paparan betul tetapi kurang menarik perhatian.
Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

TATABAHASA
Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik tetapi masih boleh diperbaiki lagi.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

ILUSTRASI
Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.
Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.



LAMAN WEB 



- Dokumen elektronik pada paparan skrin komputer yang kebiasaannya mempunyai teks, grafik, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu yang dapat dicapai melalui internet.


      POWER POINT



- Pakej persembahan grafik yang lengkap dan ianya menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Mempunyai ciri-ciri seperti "Background Format", "Animations", "Drawing" dan sebagainya.

MATLAMAT:

• Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan iICT.

OBJEKTIF:

• Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT
• Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

CIRI-CIRI:

• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa
• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:

-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif
ASPEK YANG DINILAI:

·                     Warna, pengurusan ruang, dan kreativiti.
·                     Keberkesanan kesinambungan persembahan.
·                     Ketepatan isi kandungan.
·                     Kelengkapan laporan.
·                     Cara penyampaian maklumat.
·                     Masa terhad untuk persembahan.