Wednesday, 2 October 2013

TOPIK 10 - PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

Penilaian Aktiviti Bahasa

 Forum  


Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai iaitu pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
Pelaksanaan : pelajar diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
Dalam sesi forurm, soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan lanjut.

Debat


 Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
Ia terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokong tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut.
Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasar menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
Sekiranya fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk membetulkan fakta tadi.
Setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat.
Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. 
Markah tidak diberikan untuk lebihan masa.


 Pidato 



Ia mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
Berpidato merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
 Ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.
Pidato dimulakan dengan kata-kata aluan kemudian perkenalkan tajuk.
Ia menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri.
Keyakinan diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa, nada suara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai.
Ketepatan masa di ambil kira dalam aktiviti pidato.

Syarahan




Aktiviti jenis ini berformat khusus iaitu kata-kata aluan /pendahuluan, kata-kata penghadapan , isi dan penutup.
 Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap dan berkesan.
Isi  syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat beserta contoh-contoh yang relevan.

 
Pantun 


 Satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
Rangkap-rangkap yang mudah dan ringkas yang terdiri daripada pembayang dan maksud.
 Ia menitikberatkan gaya penyampaian dan alunan bacaan pantun tersebut.
Kesinambungan bunyi di hujung setiap baris.
Ia terdiri daripada penjual pantun dan pembeli pantun.
Gaya bahasa yang berbunga-bunga dan keindahan persekitaran turut diselitkan.

Sajak  

 Satu bentuk puisi lisan moden.
 Ia berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat.
Ia menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak.
Gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur-campur. 
Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

Ceramah 


Ceramah merupakan pengemukaan fikiran / idea-idea melalui perucapan dan disampaikan secara syarahan dua hala.

Penceramah akan memberikan penerangan sehingga selesai informasi atau maklumat yang disampaikan.

No comments:

Post a Comment