Monday 30 September 2013

TOPIK 6- PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

 TOPIK 6
PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

 Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

 Ciri-ciri :
ü  Portfolio berbentuk dokumentasi, berstruktur yang memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang berkualiti.
ü  Proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kreatif dan kritis serta pemilihan maklumat dari peringkat awal hingga akhir.
ü  Kaedah ini menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak.
ü  Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik portfolio yang bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan.
*      Jenis-jenis  portfolio yang boleh dibina :
*      Portfolio kerja harian - bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan untuk waktu yang diberikan.
*      Portfolio hasil terbaik - dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio keja harian. Ini berbentuk sumatif.
*      Portfolio dokumen - hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.
*      Kegunaan portfolio :
*      Membolehkan guru-guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot untuk menghasilkan penilaian holistik.
*      Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan merasa bangga dengan hasil pencapaian sendiri.
*      Membolehkan guru memantau pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pelajar dari segi kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
*   Perancangan sebelum membuat portfolio :
o   Menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
o   Isi kandungan portfolio.
o   Pemilihan isi kandungan bahan dan sumber portfolio.
o   Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian sama ada secara keseluruhan, kumpulan atau individu termasuklah kriteria yang diguna pakai untuk menilai.
*      Penilaian Portfolio
·         Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
·         Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
·         Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

*      Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.
1. Porfolio kerja harian
2. Portfolio hasil terbaik
3. Portfolio dokumen.
1. Portfolio Kerja Harian
·         Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
·         Contohnya;
·         - Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan  lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

2. Portfolio Hasil Terbaik
·         Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
·         Berbentuk sumatif
·         Contohnya;
-         Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

3. Portfolio Dokumen
·         Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
·         Contohnya;
-         Hasil lukisan daripada warna tersebut.
Kegunaan Portfolio
©      Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
©      Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
©      Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
©      Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
©      Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

*      Perancangan Portfolio
Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.
*     
 Bagaimana Portfolio dinilai?
a.    Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
b.    Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
c.    Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio
& Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
& Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.
Kriteria penilaian
v  Struktur dan organisani
v  Strategi pengurusan
v  Variasi isi yang sesuai
v  Struktur ayat dan gaya bahasa
v  Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
v  Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.

v  Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.