Tuesday, 8 October 2013

TOPIK 11 - PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Definisi Penilaian Pengalaman Pembelajaran:

-Penilaian pengalaman pembelajaran merupakan suatu kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Dalam penilaian ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya penilaian ini merupakan kegiatan yang terancang untuk mengukur keefektifan suatu system pendidikan secara keseluruhan.
-Penilaian pengalaman pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapat berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
-Penilaian pembelajaran yang telah dikerjakan telah berhasil/ belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes.
Penilaian perkembangan merupakan salah satu cara guru mengetahui hasil belajar, intelegensi bakat khusus, minat, hubungan sosial ,sikap dsan kepribadian siswa atau peserta didik.


Ciri-ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran:
- Kaedah Jigsaw
- Kritikan Terbuka
- Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK)

Kaedah Jigsaw

Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar,penyampaian dan pemikiran kreatif (Felder dan Brent , 2004) . Ini telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al(2006).
Menurut Hafizah Husain et al(2006) kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya.

- Pergantungan secara positif.
- Tanggungjawab.
- Interaksi secara terus seperti bertentang mata.
- Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian.
- Penilaian kendiri secara berterusan.


Kritikan Terbuka

Kritikan Terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).
Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama lima minit kepada rakan-rakan kelas. Pelajar akan diberi topic yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara:
- Intonasi dan kejelasan suara.
- Keyakinan diri dikhalayak ramai.
- Kelancaran bahasa.
- Penampilan.

- Maklum balas terhadap soalan yang diterima.
Komen dari panel aakan disampaikan kepada pelajar untuk kelemahan yang ada. Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan pelajar.


Penilaian Rakan Kumpulan(PRK)

- Penilaian Rakan Kumpulan adalah satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Penilaian ini digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar.
- Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmenpelajar dalam menyiapkan kerja kursus.
Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain kerana kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

Pelaksanaan Penilaian Pembelajaran

Tajuk: Keluarga
i. Kompetensi Dasar
1. PKN
1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah .

a. Indikator
1.PKN
-Menyebutkan ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah. Contohnya: bapa, ibu , abang ,kakak, saya dan adik .
-Melakukan sikap hormat pada orang lain. Contohnya: orang tua, saudara, guru, guru besar, kawan dan lain-lain.
-Memberi contoh hidup rukun di rumah.
-Menjelasan akibat hidup tidak rukun di rumah.
-Menyebutkan manfaat hidup.

c. Langkah-langkah Pembelajaran:
A. Set Induksi:
Menyanyikan lagu :Keluargaku Sayang (Melodi: Bangun Pagi)
B.Kegiatan Inti:

1. Menceritakan hidup rukun di rumah.
2. Menyebut ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah. Contohnya: bapa, ibu , abang ,kakak, saya dan adik .
3. Melakukan sikap hormat pada orang lain. Contohnya: orang tua, saudara, guru, guru besar, kawan dan lain-lain.
4. Memberi contoh hidup rukun di rumah.
5. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun di rumah .
6. Menyebutkan manfaat hidup.
7. Menggunakan kata tanya dengan betul.
8. Menulis kata Tanya (siapa, apa, di mana, bagaimana)
9. Menyelesaikan masalah yang berkaitan . (Lengkapkan ayat)
Penutup: Bersama-sama menyanyi lagu “Keluargaku Sayang” mengikut Melodi “Bangun Pagi”

Bahan Bantu Mengajar:
1. Kad Kata Tanya
2. Kad Perkataan
3. Kad Huruf
4. Gambar Ahli Keluarga

Penilaian:
1. Lisan
2. Bacaan
3. Tulisan
4. Portofolio

Wednesday, 2 October 2013

TOPIK 10 - PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

Penilaian Aktiviti Bahasa

 Forum  


Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai iaitu pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
Pelaksanaan : pelajar diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
Dalam sesi forurm, soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan lanjut.

Debat


 Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
Ia terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokong tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut.
Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasar menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
Sekiranya fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk membetulkan fakta tadi.
Setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat.
Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. 
Markah tidak diberikan untuk lebihan masa.


 Pidato 



Ia mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
Berpidato merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
 Ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.
Pidato dimulakan dengan kata-kata aluan kemudian perkenalkan tajuk.
Ia menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri.
Keyakinan diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa, nada suara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai.
Ketepatan masa di ambil kira dalam aktiviti pidato.

Syarahan




Aktiviti jenis ini berformat khusus iaitu kata-kata aluan /pendahuluan, kata-kata penghadapan , isi dan penutup.
 Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap dan berkesan.
Isi  syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat beserta contoh-contoh yang relevan.

 
Pantun 


 Satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
Rangkap-rangkap yang mudah dan ringkas yang terdiri daripada pembayang dan maksud.
 Ia menitikberatkan gaya penyampaian dan alunan bacaan pantun tersebut.
Kesinambungan bunyi di hujung setiap baris.
Ia terdiri daripada penjual pantun dan pembeli pantun.
Gaya bahasa yang berbunga-bunga dan keindahan persekitaran turut diselitkan.

Sajak  

 Satu bentuk puisi lisan moden.
 Ia berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat.
Ia menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak.
Gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur-campur. 
Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

Ceramah 


Ceramah merupakan pengemukaan fikiran / idea-idea melalui perucapan dan disampaikan secara syarahan dua hala.

Penceramah akan memberikan penerangan sehingga selesai informasi atau maklumat yang disampaikan.

TOPIK 9 - PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

PENILAIAN KEMAHIRAN LISAN




1. Penilaian Kemahiran Lisan
~ Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara pelajar dengan pendidik, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan pembelajaran.

ASPEK-ASPEK YANG BOLEH DINILAI SECARA LISAN IALAH :
*      Kefahaman konsep
*      Pengetahuan fakta
*      Pemikiran peringkat tinggi
*      Kecekapan mendengar
*      Penggunaan bahasa yang tepat
*      Gaya persembahan / kelancaran berbahasa



2. Penilaian Kemahiran Membaca
*      Penggunaan bahasa yang tepat.
*      Kelancaran berbahasa yang baik.
*      Penggunaan intonasi yang betul.
*      Sebutan dan jeda yang tepat.

3. Penilaian Kemahiran Menulis
~ Ia dinilai melalui karangan , laporan projek / kerja kursus / folio, latihan dan ujian bertulis, huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.
~ Kemahiran yang diukur :
ü  Kemahiran menulis
ü  Menyusun idea
ü  Perbendaharaan kata
ü  Mengaplikasi
ü  Mentafsir
ü  Menilai


Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :

- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan / cadangan

TOPIK 8 - PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA

PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA

Kertas Kerja

*      Seperti yang dibincangkan tentang kertas cadangan, kertas kerja juga tidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya

*      Dalam bidang akademia penulisan 'kertas kerja' (academic working paper) pada asasnya tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi atau pendapat seseorang yang berpegetahuan dalam bidang tertentu dan menyatakan penerimaan atau penolakan, persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasil penyelidikan orang lain.


*      Organisasi kertas kerja dengan kertas cadangan hampir serupa. Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang ditambah di dalam kertas kerja. Format kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk berikut:

a) Pengenalan dan Latar Belakang (sedikit tentang sejarah diberikan, isu dan masalah juga dikemukakan di dalam bahagian ini)
b) Tinjauan Bacaan (amat digalakkan dimasukkan untuk membuktikan perkara itu boleh/patut dilaksanakan/ diberi melalui contoh/data yang diperolehi daripada pembacaan)
c) Penerangan yang terperinci (dihuraikan) tentang tujuan kertas kerja seperti memulakan perniagaan, projek, atau program latihan untuk mempengaruhi dan meyakinkan ketua jabatan/jawatankuasa penilai memberi kelulusan
d) Implikasi Kewangan – berapa banyak yang diperlukan dan bagaimana peruntukan itu hendak dibelanjakan, harus tunjukkan keadaan kos efektifnya
e) Proses Pelaksanaan (biasanya dalam bentuk kronologi, tunjukkan skedul/jadual pelaksanaan)
f) Implikasi Pelaksanaan (terhadap kumpulan yang disasarkan dan kewangan agensi itu)
g) Keputusan dan Perbincangan (sumbangan kepada jabatan, negeri, dan negara, kemukakan hanya yang positif, jangan beri yang negatif)
h) Penutup (Penegasan semula tentang tujuan kertas kerja ini iaitu kebaikannya)
i) Bibliografi/Rujukan
j) Lampiran/Apendiks (Appendix)


TOPIK 8 - PENILAIAN MELALUI PROJEK

PENILAIAN MELALUI PROJEK

Definisi
· Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997)
· Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu

Ciri-ciri Penting
1. Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan
pengalaman pelajar semasa menjalankan projek
2. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan
sesuatu projek
3. Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan
aktiviti
4. Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar
5. Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperoleh
6. Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran
7. Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan
Kepuasan jika dapat menyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan
berkesan.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK


1. Apakah itu pembelajaran berasaskan projek?

· Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.

2. Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?

· Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
· Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
· Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
· Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
· Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
· Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan
data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
· Sesuai dengan murid dan kurikulum.
· Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.




3. Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari?

· Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar yang
pelbagai.
· Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam
proses P & P.
· Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
· Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah,
berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
· Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
· Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.
· Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran
yang berbeza.

4. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek?

· Memberi tugasan mengikut kurikulum.
· Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.
· Menentukan jadual kerja.
· Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
· Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
· Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
· Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
· Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
· Penyediaan JPT dan PMM
· Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
· Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan
projek

TOPIK 7 - PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN & SOAL JAWAB

PENILAIAN  MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.

Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-
· Bentuk akhir tugasan dihasilkan
· Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
· Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
· Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
· Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
· Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan:
1. Pelajar mengenal pasti dan merekod
· objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
· kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat
· jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
· bukti menunjukkan objektif tercapai
· bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
2. Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri
3. Menghasilkan kerja yang terancang
4. Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

Bagaimana Kontrak Pembelajaran Digunakan ? 

Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-
Penilaian objektif tugasan
· Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
· Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
· Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru

Hasil Pembelajaran
· Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
· Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru

Penilaian


· Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
· Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
· Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
· Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya.

Format / Bentuk Kontrak
Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.

Peringatan:
· Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru
· Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat.


PENILAIAN MELALUI SOAL JAWAB

·         *      Ia membawa maksud seorang guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal 
jawab yang dilaksanakan di dalam kelas.
·         *      Sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran dan 
pembelajaran bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah kefahaman murid 
tentang pelajaran yang telah diajar.
·         *      Melalui soal jawab juga membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam 
sesuatu topik / tajuk pelajaran.
·         *      Kemudian, guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.
·         *      Melalui aktiviti soal jawab, guru dapat mengetahui sama ada muridnya dapat mengetahui setiap topik yang guru tersebut ajarkan.
·         *      Tujuan : agar murid memeahami serta mengikujti segala topik yang sedang diajarkan oleh guru.

Tuesday, 1 October 2013

TOPIK 6 - PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

 PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

Pemerhatian dilakukan secara berterusan dan mengikut jangka waktu yang diperlukan /ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
*      Cara ini boleh dilaksanakan secara senarai semak, rekod anekdot,rekod profil.
*      Kualiti pemerhatian :
Ø  Guru mempunyai sifat-sifat pemerhati iaitu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan persekitaran.
Ø  Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil dalam sesuatu situasi.
Ø  Tekal dan stabil dalam penilaiannya.
*      Bentuk perancangan :
*     Menyediakan alat relevan dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
*     Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
*     Merangka tindak susur yang akan dijalankan mengikut konsikuen yang dijalankan daripada pemerhatian itu.
*      Merekod penilaian pemerhatian
*      Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkah laku yang tersusun dari segi pendekatan atau kaedah kumpulan atau individu.
*      Cara merekodkan dapatan dan rumusan direkod mengikut urutan yang betul.
*      Tindakan susulan rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susulan yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.
*      Rekod anekdot - boleh digunakan untuk menilai kecekapan / kecerdasan individu dalam bidang-bidang tertentu seperti kecekapan linguistik/bahasa, kecekapan muzik, kecekapan pergerakan badan, kecekapan intrapersonal.
*      Jenis-jenis pemerhatian
v  Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan dengan melapor apa yang dilihat sahaja.
v  Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara "open-ended" iaitu menilai / memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan dan perlakuan.
v  Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.
*      Strategi pelaksanaan
I  Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/yang dirancang.
I  Guna senarai semak/rekod anekdot.
I  Secara global / analitik mengikut objektif pengajaran dan pembelajaran.
I  Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensel dan kertas/secara berkomputer mengikut keperluan dan kesesuaian.
I  Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian hendaklah dibuat selepas mengkaji kesan dan implikasinya ke atas pelajar.
I  Jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keperluan dan keadaan.
I  Maklum balas diperolehi melalui pemerhatian guru / tindak balas pelajar.
I  Refleksi tentang pengalaman boleh dikategorikan sebagai pemerhatian.
*      Fungsi penilaian melalui pemerhatian
J  Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor afektif dan kognitif pelajar.
J  Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudah cara, tutor dan pendidik.