- UJIAN FORMATIF
- UJIAN SUMATIF
- UJIAN KEFASIHAN
- UJIAN KEMAJUAN
- UJIAN BAKAT
- UJIAN KEMAJUAN
Thursday, 11 July 2013
TOPIK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA
Wednesday, 10 July 2013
TOPIK 3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknyamewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponenpengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untukmemastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980).
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta
duahala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur
carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini
pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan
demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang
perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi
pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya
item-item yang dibina merangkumi semua kandunganpengajaran daripada awal hingga
akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawall mungkin, misalnya sebelum
kita memulakan pengajaran.
Langkah Pembinaan JSU
Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu:
(1) mengkaji sukatanpelajaran,
(2) menganalisis objektif pengajaran,
(3) menentukan jenis soalan, dan
(4)menentukan bilangan soalan.
1. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Langkah Pembinaan JSU
Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu:
(1) mengkaji sukatanpelajaran,
(2) menganalisis objektif pengajaran,
(3) menentukan jenis soalan, dan
(4)menentukan bilangan soalan.
1. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
• skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;
• pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;
• kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;
• kompleksiti sesuatu tajuk; dan
• masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.
2. Menganalisis Objektif Pengajaran
Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu:
i. Paksi Kandungan Paksi Objektif Pengajaran:
Kandungan Pengetahuan
• Tajuk
• Tajuk kecil Objektif Kognitif
Kandungan Kemahiran
• Tajuk
• Tajuk kecil
Objektif Psikomotor
Kandungan Afek/Perasaan
• Tajuk
• Tajuk kecil
Objektif Afektif
Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan,
yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya
ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.
3. Menentukan Jenis Soalan
Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
4. Menentukan Bilangan Soalan
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian member markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
Kepentingan JSU
JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan Pembina item/soalan ujian. Antara kepentingannya ialah:
• kertas ujian dapat digubal secara sistematik;
• kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
• taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
• ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan
• aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) KERTAS 1
BIL
|
TOPIK/ ASPEK BAHASA
(SOALAN OBJEKTIF)
|
ARAS TAKSONOMI
|
JUMLAH ITEM
|
|||||
ARAS MUDAH
|
ARAS SEDERHANA
|
ARAS SUKAR
|
||||||
Pengetahuan
|
Kefahaman
|
Aplikasi
|
Analisis
|
Sintesis
|
Penilaian
|
|||
1
|
Morfologi- kata kerja
|
1
|
7
|
2
|
||||
2
|
Kata nama
|
2
|
3
|
2
|
||||
3
|
Kata ganti diri
|
4
|
1
|
|||||
4
|
Kata adjektif
|
9
|
1
|
|||||
5
|
Kata seru
|
8
|
1
|
|||||
6
|
Kata ganda
|
|||||||
7
|
Kata hubung
|
5
|
1
|
|||||
8
|
Kata pameri
|
|||||||
9
|
Kata arah
|
|||||||
10
|
Penjodoh bilangan
|
6
|
1
|
|||||
11
|
Simpulan bahasa
|
13
|
1
|
|||||
12
|
Sinonim
|
14
|
1
|
|||||
13
|
Antonim
|
1
|
||||||
14
|
Kata Tanya
|
12
|
1
|
|||||
15
|
Homonim –kata banyak makna
|
10
|
16
|
2
|
||||
16
|
Sintaksis- struktur ayat
|
15
|
1
|
|||||
17
|
Pola ayat
|
11
|
2
|
|||||
18
|
Maksud perkataan
|
17
|
1
|
|||||
19
|
Memahami teks
|
18
|
1
|
|||||
JUMLAH SOALAN
|
20
|
Subscribe to:
Posts (Atom)